Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 17, 2009

Berpantang

11 May, lepas baby lahir dalam kul 12.10pm..doc dah scan & check..sumer ok, discharge and balik umah around 7pm..

12 May, berpantang2an bermula. For the future, kena ingat beli set bersalin earlier. Sbbnya, lepas bersalin, dah kena start terus. Tapi sbb, tak expect akan deliver this fast, so, mmg tak prepare apa2 gi..ari tu jugak baru hubby dapat pegi beli sumer2 barang2 untuk berpantang…

Both of us decided to use nona roguy(NR).Lepas tanya few ppl yg pernah guna and most of them kata set bersalin NR bagus..So my hubby belikan Set NR (large set for 2 mth, cost RM5++), air jus kurma akar kayu, kurma, air zam2, bengkung (RM48).

So, mama dah start masakkan masakan yg berasaskan halia yg banyak tak ingat, and bawang..mmg buat badan panas. Sbb masa pantang mmg badan kena panas, if not masuk angin.. Untuk rujukan apa leh makan apa tak leh, masa beli set NR, dia ada bagi list yg leh dijadikan panduan..

Tapi pastinya, lauk ku sepanjang pantang ni..ikan bilis, ikan merah, ayam , gamat, daging, sayur sawi, ikan haruan, buah epal ..


BERURUT

Start berurut pada hari ke 2 berpantang, setiap pagi start kul 8 am for 45 minutes. Bidan kampong yg urutkan, Wak Sur (Wak perempuan).Biasanya,org akan urut for 3 days berturut2 after deliver and after pantang, kata nenek tu. But, we decided urut 5 days berturut2 pada minggu pertama and minggu ketiga 5 hari lagi berturut2..And plan lepas pantang pun urut lagi. Wak Sur tu Cuma charge RM50 for 3 days, but we just gave her RM100 for 5 days (senang kira).

Kebaikan berurut:
Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

Mmg urut tuh best, melegakan otot2 kita yg tense sbb proses bersalin. Rasa sihat skit lepas kena urut, then darah pun kuar banyak lepas kena urut..

BERTUNGKU

Lepas berurut, bertungku lak..Thanks to Kak Ani (opismate), dia hadiahkan tungku besi seberat 1.5 kg bentuk cam lesung yg panjang. Tungku besi nih elok sbb dapat mengekalkan kepanasan utk jangkamasa yg agak lama..Mama akan panaskan besi kat dapur and lepas tuh bungkus ngan daun mengkudu n sirih, pastu bungkus ngan kain. Lepas tu it’s ready for use..

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku diletakkan, berhampiran ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada). Caranya, urutan tunku tuh ditarik dari ari2 ke atas. Leh membantu menaikkan peranakan kata org..tapi jgn kuat2 sgt2..takut peranakan lari lak..sbb waktu tuh, rahim kita lemah. Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.

Kebaikan bertungku:
Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah.

BERBENGKUNG

Lepas bertungku, pakai bengkung. Sapu herbanika barut sekitar bawah pusat sampai seluruh perut , sisi perut, belakang perut..pastu zass..balut bengkung. Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara.

Bengkung sendayu tinggi zigzag mmg mudah, senang and bagus. Even pakai bengkung sendiri, bengkung tuh ketat and kejap. Mmg rasa berbengkung la, dia pegang btul badan..

Pastu, berbengung elok sampai ke bawah punggung..sbb, kalo sampai perut jer, dia leh menekan peranakan kita ke bawah. So, kalo dari bawah punggung, leh elak pernakan jatuh ( baca somewhere, tak ingat mana). So seharusnya memilih bengkung panjang lilit sampai punggung.1/2 punggung pun ok.

Kebaikan berbengkung:
Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.

Mmg betul, ari ketiga berbengkung, bidan tuh puji kata perut dah kemas tak geleber. Hoho..berbangga buat seketika..Mmg kalo berbengkung btul2, leh nampak hasilnya ngan cepat. Tapi takla flat terus macam masa2 anak dara dulu n sebelum ngandung..hoho..

MINUM AKAR KAYU & JAMU

Set NR tuh ada jamu bentuk kapsul, dan air jamu akar kayu. So, setiap ari makan 3 biji sebelah pagi and 2 biji malam sebelum tido..actually, dia ada dos2 dia ikut tahap pelawasan kita. But, my dose macam tuh..hoho..sbb kita kena elak sembelit masa lepas bersalin ni, sbb kalo sembelit, maybe akan affect jahitan ker..kalo ada kena jahit la.. Mine, alhamdulillah aritu tak koyak n tak jahit. Sbb baby kecik kan..

Bila rasa darah kuar banyak or terlampau panas..maka dos tuh harus diadjust mengikut keadaan..

Pastu air akar kayu tuh jadikan minuman semasa pantang ni..dan air masak. NR nyer air akar kayu tak pahit sgt..sedap..tambah minum masa panas2..fuh..rasa sihat.mmg berpeluh2 la time pantang ni..

Ingat nak terus amalkan sampai 100 ari..sbb mmg rasa kesan..jamu2 nih leh turunkan berat badan..mmg ada kesan. Bayang, dalam 4 minggu jerk hilang 7 kg. Hoho..best2..

Berat masa kawin =47kg
Pregnant for 6 mths = 62 kg (naik tak ingat..hoho)
As at 5 June (last timbang)= 55kg (fewitt..but still lot to go to reach berat masa sebelum pregnant..uwaaaaaaa)

Haih, kena capai gak..sbb most of the baju yg elok2 size S and XS ( cewah;))..mana muat lagi dah. Adooi…takkan nak beli baju baru kot. Baju ngandung dah tak applicable dah nak pakai..:(. Takper, tgk kalo by the time start keje kang, kalo tak turun2 gak, mmg kena beli 2,3 helai baju baru..adooi!..sebenarnya..ada la baju lama2 masa sebelum diet dulu, size M..buruk la tapi..:(..ngada kan..

Khasiat phyto natal (kapsul jamu):
•Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan
•Melawaskan pembuang air kecil dan besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin
•Mengimbangi kembali sistem badan.
•Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan

Khasiat akar herbanika (air jamu)
•Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
•Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
•Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan.

MANDI

Mandi masa pantang nih kena mandi air suam. Set NR tuh ada uncang akar kayu utk mandian, so rendam and mandi..terasa segar. Pastu ada serbuk lulur gak..
For me, amalkan pepagi mandi lulur (satu sudu teh)..petang mandi akar kayu..Hasilnya, nampak berseri n tak pucat masa pantang ni (hoho..ni pun mak bidan tuh puji. Kalo tak, I won’t realized sgt..keke).

Kebaikan mandi lulur n akar kayu:
Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.

BERTANGAS

Digalakkan buat lepas mandi.
Lepas darah nifas abis, for me cuma 2 minggu lebih..then bertangas lak.Bertangas ni ada macam2 jenis..But I amalkan tangas kering and tangas basah jer.

Tangas kering: I just use NR uncang cuci herbanika (dah ada rempah ratus yg perlu), rebus kasi kaw2 panas and akar kayu tuh meresap kuar dgn baiknya..then tuang kat tempat duduk yg dibeli khas oleh hubby ku di farmasi yg cuma berharga RM 49. Tempat duduk tuh, just letak kat toilet bowl then duduk atas tuh..tuang air rebusan tadi dalam tempat duduk tuh (separuh jerk…nak elak air kena kulit, melecur kang).Pastu amik kain batik tutup badan..hoho..mmg best..masa tgh bertangas tuh, leh dengar lagu sambil leh buat exercise. Kalo tak gila boring..

Tangas basah: dah settle wap2 panas dah abis, slalunya ard 10 mins..amik lagi lebihan air rebusan tadi. Tuang bagi penuh tempat duduk tuh..pastu rendamkan ehem2 inside..lagi 10 minit duduk itu dalam ..

Bestla bertangas ni, berpeluh2, rasa sihat jerk..Tapikan baca forum2 and artikel..diorg kata mmg bagusla bertangas ni. Even anak dara pun leh buat..so, apatah lagi for isteri2 yg sayangkan suaminya ;)..mmg rasa nak amalkan berterusan n bukan waktu berpantang jer. Bertangas tak digalakkan masa period..

Kebaikan bertangas:
Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan prolapse (keluar tombong).

Wokeh..itula proses2 berpantang yg ku lalui..Selain dari di atas semasa berpantang kena:
1-cukup tidur (hoho..dah terlebih2 dah)
2-makan on time. Jgn biar perut kosong.(kadang2 malas nak makan sbb nak diet konon)
3-takleh berinternet.keje yg mata fokus..(nanti mata cepat rabun. Tapi, I dun have bb to take care of. So nak elak dari bermurung :))
4-jalan pelan2, langkah kecik.
5-Pemakaian stoking and baju yg leh panaskan badan (first time pakai kain batik utk jangkamasa yg lama. Hoho, bila lagi)

My confinement period going to end soon. Another 5 days to go..Yahoo!merdeka!
Tapi tak dinafikan, berpantang secara tradisional nih mmg bagusla..kesannya dapat dilihat dalam masa yg singkat..

1 comments:

Anonymous said...

salam..thanks for the info..mmg lengkap..saya nak berpantang mcm sis jugak...btw, takziah atas apa yg menimpa sis dan hubby..ingatlah masih belum rezeki..insyaallah nnt Allah akan bg lagi baby dkt sis...tabahkan hati ye..

Post a Comment